KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersama parti-parti politik lain.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata keputusan MPT Bersatu itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin semalam.

"MPT Bersatu antara lain telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang diadakan pada 12 Mac lepas," katanya.

-- BERNAMA