ALOR SETAR: Keretakan hubungan di antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kini diibaratkan seperti ‘pinggan retak seribu’ selepas hampir tiga tahun.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.
"Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh.
Kata Mahfuz, bagaimanapun Pas masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.
“Bagi saya, Pas adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.
“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan Pas, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat,” katanya.
Menurut Mahfuz, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengesahkan bahawa berlaku perbincangan pada 20 Julai 2008 menyebabkan dia terpaksa memohon maaf kerana menafikan perkara itu.
“Jadi, ini menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Pas ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 14 2022

Mahfuz (duduk, kiri) bersama tetamu yang hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.

PasLeak: Dokumen yang ditulis orang bodoh ... - Sanusi
Dokumen tular mengenai perbincangan dalam membabitkan pemimpin Pas atau lebih dikenali sebagai PasLeak, hanyalah satu penulisan yang dilakukan oleh orang yang bodoh.

PasLeak: Pas adalah 'ahlul-nafi', parti yang tidak boleh dipercayai - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar menyatakan, atas sebab itu juga Pas kini dianggap sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.

RUU Antilompat Parti: Usah jadi 'pelacur' politik - Mahfuz
Mahfuz mendakwa Langkah Sheraton telah menyebabkan Parlimen menjadi 'sarang pelacuran' dalam politik negara.

Tengku Zafrul tidak letak jawatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan laporan beliau sudah meletakkan jawatan selepas tidak hadir ke Dewan Rakyat pada Khamis.

Pengeluaran khas KWSP: "Adakah Tengku Zafrul sudah letak jawatan?" - Mahfuz
Mahfuz bertanya soalan itu ketika Timbalan Menteri Kewangan 1 bangun untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 di Dewan Rakyat.

'MN macam zombi, mati tidak hidup pun tidak'
Mahfuz mendakwa, Pas masih mahu menerima dan bekerjasama dengan parti yang didokong pemimpin terpalit kluster mahkamah.

PRN Johor: Tiada isu untuk Amanah letak calon muda - Mahfuz Omar
Mohamad Fakrulradzi Mahmud yang diletakkan sebagai calon di kawasan itu merupakan individu yang lama berkhidmat kepada rakyat.

Tiada keperluan adakan PRN di Kedah - Mahfuz
Keputusan untuk mengadakan PRN hanya memberikan keseronokan kepada individu tertentu dalam memenuhi agenda peribadi mereka.

Pas masih merengek kasih sayang UMNO - Mahfuz
Walaupun 'tidur sebantal' di peringkat Persekutuan, namun, Pas dan UMNO mempunyai isu kepercayaan antara satu sama lain, dakwa Mahfuz.