[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITICS

Muhyiddin sepatutnya sudah lama dipecat - Mas Ermieyati

Raffi Bachik 26/06/2016 | 02:03 MYT
Mas berpandangan adalah tidak wajar seorang ahli UMNO untuk duduk sepentas dengan pembangkang demi kepentingan sendiri. - Gambar fail
Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah lama dipecat daripada UMNO, kata Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Tegas Mas Ermieyati ini kerana pelbagai tindakan bekas Timbalan Presiden itu termasuk bersekongkol dengan pembangkang yang disifatkan mencemar imej parti.
Beliau berpandangan adalah tidak wajar seorang ahli UMNO untuk duduk sepentas dengan pembangkang demi kepentingan sendiri.
BACA: 'Selamat tinggal UMNO' - Muhyiddin Yassin
BACA: Pemecatan bukti UMNO pandang serius anggota langgar peraturan
BACA: 'Saya tidak dapat makluman rasmi, hanya tahu menerusi berita' - Mukhriz
Tindakan ini jelas Mas Ermieyati, melanggar ikrar setia seseorang ahli kepada UMNO.
Justeru beliau berpandangan pemecatan Muhyiddin pada Jumaat adalah tepat.
"Apabila kita melihat dia (Muhyiddin) bersekongkol dengan pembangkang, ini adalah tidak wajar,
"Itu sendiri melambangkan bahawa ia tidak ada dalam konteks setia UMNO sendiri, apa tindakan dia buat bersama Tun Dr Mahathir adalah tidak wajar," kata Mas Ermieyati yang ditemui pemberita selepas program ziarah sahur kepada petugas badan beruniform di sekitar negeri Melaka pada Ahad.
Tegas Mas Ermieyati, pelbagai ruang dan peluang diberikan Majlis Tertinggi kepada Muhyiddin untuk menyatakan pendiriannya.
Namun, Muhyiddin terang-terangan terus mengkritik parti serta kerajaan.
Beliau melihat tindakan itu satu pengkhianatan kepada UMNO.
#Majlis Tertinggi UMNO #Mas Ermieyati Samsudin #Muhyiddin Yassin #Mukhriz Mahathir #Najib Razak #pecat #pemecatan #Shafie Apdal #UMNO