awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin sujud syukur sebaik dilantik Perdana Menteri ke-8

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/02/2020
09:43 MYT
Muhyiddin sujud syukur sebaik dilantik Perdana Menteri ke-8
Muhyiddinyang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut. - Foto Ihsan Pembaca
SETELAH seminggu kemelut politik berlarutan, akhirnya menyaksikan jawapan kepada teka-teki siapa dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, terjawab sekitar 4.40 petang hari ini.
Berita gembira itu bukan sahaja meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ia nyata memberi kelegaan kepada pemerhati-pemerhati politik negara.
Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8, sebentar tadi.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Muhyiddin yang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut di kediamannya di Bukit Damansara.
View this post on Instagram
Perdana Menteri ke-8, Tan Sri @muhyiddinyassin sujud syukur di rumahnya ketika dimaklumkan tentang pelantikan beliau. #Malaysia2020 #MY2020
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Feb 29, 2020 at 1:31am PST
Terdahulu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas berpandangan bahawa Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
BACA: Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8
[LAPOR LANGSUNG] Malaysia2020 Siapakah PM-8?
Serentak dengan pelantikan itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan esok pada pukul 10.30 di Istana Negara.
Kemelut politik negara berlarutan sejak Ahad lalu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Instagram
#Istana Negara
#Mahathir Mohamad
#Malaysia 2020
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#MY2020
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PM8
#sujud syukur
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan