awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mungkin... saya silap - Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2018
08:28 MYT
Mungkin... saya silap - Najib
Najib berkata, mungkin beliau silap kerana tidak bertindak seperti yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menghebohkan bahawa lima jenama kereta turut harga dengan (perlaksanaan) cukai jualan dan perkhidmatan (SST). - REUTERS
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada tahun 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Najib berkata mungkin beliau silap kerana tidak bertindak seperti yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menghebohkan bahawa lima jenama kereta turut harga dengan (pelaksanaan) cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Namun, menurutnya, tidak seperti pelaksanaan GST, ada juga kereta yang naik harga dengan SST tetapi tidak disebut dalam kenyataannya.
“Selepas PRU14, saya ada tonton klip video Datuk Ahmad Maslan di mana beliau berkata bahawa harga akan turun dengan GST,” katanya menerusi perkongsiannya di laman sosial Facebook peribadinya.
“Sebenarnya, Datuk Ahmad betul kerana memang ada barang yang alami penurunan harga apabila GST dilaksanakan seperti kereta, alat ganti, tayar, minyak pelincir, perabot, alat-alat elektronik dan lain-lain.
Najib berkata, Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dan dijelaskan oleh Ahmad Maslan iaitu bukan semua barang.
Najib turut melampirkan artikel laporan-laporan berita mengenai setiap jenama kereta yang turun harga dengan GST pada tahun 2015 di catatannya itu dan berharap agar pengguna Facebook akan dapat membaca laporan berkenaan.
“Selain harga turun apabila GST menggantikan SST pada tahun 2015, kerajaan BN di bawah saya juga memansuhkan cukai impot untuk kereta dari Jepun dan memberi insentif EEV yang banyak mengurangkan harga kereta yang jimat petrol,” katanya.
Pada 11 September lalu Guan Eng ketika mengumumkan lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.
Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan SST.
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#cukai barang dan perkhidmatan
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#GST
#harga
#kereta
#Lim Guan End
#Menteri Kewangan
#Najib Tun Razak
#SST
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan