awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib, Kit Siang berdebat selepas Ramadan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/05/2019
23:28 MYT
Najib, Kit Siang berdebat selepas Ramadan
Ujar bekas perdana menteri itu, beliau menerima cabaran untuk berdebat itu. Bagaimanapun platform yang bakal digunakan akan ditentukan kemudian. - Foto Astro AWANI
Debat diantara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka diadakan selepas bulan Ramadan ini.


Bagaimanapun, tarikh, masa dan tempat perdebatan itu akan dibincangkan dalam tempoh terdekat.


Ujar bekas perdana menteri itu, beliau menerima cabaran untuk berdebat itu. 

Bagaimanapun platform yang bakal digunakan akan ditentukan kemudian.


BACA: Najib, Kit Siang sedia berentap isu kleptokrasi
Selain itu, tajuk dan syarat perdebatan itu juga akan diputuskan menerusi perbincangan khas bersama beberapa pihak pada Aidilfitri ini.


“Debat itu saya terima cabaran dia, insyaAllah kita akan tentukan tarikhnya. Saya minta lepas Ramadan. Takkan kita nak debat dalam Ramadan dan tarikh, tempat dan kaedahnya kita akan bincang.
"Tetapi perdebatan itu kita tetap akan adakan. Tajuk itu kita akan bincang dan kita akan tentukan tajuk yang sesuai.
," kata Najib.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.


Hadir sama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.


Ini bukan kali pertama cabaran berdebat membabitkan kedua-dua seteru politik itu kerana cabaran itu sudah bermula pada Julai tahun lalu apabila Kit Siang mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk Islam Bukan Keptokrasi.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#DAP
#debat Najib Kit Siang
#Islam
#Lim Kit Siang
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#politik
#Ramadan
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan