JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan cadangan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung semula sebagai syok sendiri.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan selain turut menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai buta sejarah.
“Ada cadangan Najib dan Muhyiddin bergabung. Kononnya Malaysia tambah hebat. Tanyalah Muhyiddin. Mahukah dia?
“Individu yang mencadangkan itu buta sejarah. Najib pernah sokong Muhyiddin jadi PM kelapan. Dia tikam belakang. Dia mahu bunuh UMNO macam di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Muhyiddin tolak sertai Kerajaan Perpaduan. Dia mahu tebuk atap. Maka macam mana mahu wujud Malaysia lebih hebat?” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa.
Tambah Mohd Puad yang juga ADUN Rengit, UMNO dan Bersatu berebut penyokong atau segmen yang sama, maka parti pimpinan Muhyiddin itu boleh ‘hidup’ sekiranya UMNO mati.
"UMNO dan Bersatu bersaing untuk kumpulan sasar yang sama. Sebab itu Bersatu kena bunuh UMNO untuk hidup. Mudah berkawan dengan Parti Keadilan Rakyat (PRK) kerana kumpulan sasar mereka berbeza," katanya.
Sebelum ini, penyokong Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar kedua-dua bekas Perdana Menteri itu membuka lembaran baharu dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika Najib dan Muhyiddin bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.
Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, baru-baru ini.
Kenyataan itu seolah-olah menunjukkan kedua-dua bekas pemimpin nombor satu negara itu seperti mahu 'memperbaiki hubungan' mereka.
Kemas kini yang dimuat naik Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut laman sosialnya, yang antaranya turut memuji sikap Muhyiddin yang prihatin terhadap Najib.
Selain itu, ada juga yang berhadap agar dua bekas Perdana Menteri itu seia-sekata dalam membangunkan bangsa dan negara.
Najib kini sudah 14 bulan menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
Penyokong Najib sebelum ini dilaporkan meletakkan harapan agar Muhyiddin dan Najib membuka lembaran baharu dan bergerak bersama demi negara serta rakyat. - Gambar fail
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.