Rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan kebebasan bersuara kerana kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersifat transformatif dan multikulturalis.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ciri-ciri kepimpinan itu yang bebas perkauman, bersifat demokratik dan berpaksikan rakyat, menjadikan Najib mampu melakukan banyak perubahan dan kekal menjadi perdana menteri sehingga sekarang.
"Hasilnya, rakyat Malaysia hari ini bukan sahaja mengecapi kemakmuran ekonomi, tetapi juga menikmati kebebasan bersuara. Tiada tahanan dikenakan terhadap rakyat yang mengkritik beliau dan isterinya, menteri-menteri kabinetnya, dan partinya di media sosial serta di demonstrasi jalanan.
"Malah, tiada juga tangkapan seperti Operasi Lalang ke atas pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil yang tanpa henti mengkritik, menyebar fitnah dan menularkan berita palsu terhadap pemerintahan beliau," katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Salleh berkata Najib telah berjaya menjadikan Malaysia demokratik, menegakkan kedaulatan rakyat, mengagihkan peluang ekonomi secara saksama, mewujudkan pentadbiran yang berkebajikan, dan melaksanakan pemerintahan Islam yang moderat.
"Memandang ke depan, sewajarnya kita bersyukur kerana dipimpin oleh Najib Razak," katanya.
Salleh berkata sejarah menunjukkan ramai pemimpin dunia yang kecundang ketika sedang melakukan perubahan.
"(Bekas pemimpin Soviet Mikhail) Gorbachev gagal apabila memperkenalkan Glasnost dan Perestroika, (bekas Presiden Indonesia B.J) Habibie ditolak oleh partinya apabila mereformasikan birokrasi dan tenteranya, malah (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhajat membawa pembaharuan dalam kerajaan Barisan Nasional telah dipecat dan dipenjara oleh mentor politiknya sendiri," katanya.
Beliau berkata ini menunjukkan menjadi pemimpin transformatif tidak mudah, apatah lagi perubahan yang dibawa itu adalah di negara yang majmuk masyarakatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018
Tiada tahanan dikenakan terhadap rakyat yang mengkritik beliau dan isterinya. - Foto fail Bernama
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.