awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib wajar dibebaskan untuk kuatkan gabungan BN-PH - Khairy

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2023
15:58 MYT
Najib wajar dibebaskan untuk kuatkan gabungan BN-PH - Khairy
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan bagi memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan bagi memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dibebaskan dari 47 kes yang dihadapinya ini bermakna bekas presiden UMNO itu juga mempunyai harapan cerah untuk dibebaskan dari hukuman penjara dan kes lain yang dihadapi.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib, sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH).
"Bandingkan 'Bossku' (Najib) dengan Zahid, orang yang akan bagi nilai tambah untuk mengekang 'gelombang hijau' adalah Najib. Apa yang Zahid boleh buat? Dia tiada nilai tambah.
“Kalau nak 'kitchen sink', kitchen (sink) semua benda dan bebaskan Najib, dia akan bawa lebih nilai kepada anda. Anda sudah kuburkan kebaikan Malaysia, berikan pengampunan," katanya dalam program podcast Keluar Sekejap (KS) bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
Sementara itu Shahril Sufian turut bersetuju dengan cadangan berkenaan dan pembebasan itu tidak mustahil dari segi 'realpolitik'.
"Sudah tentu penyokong Bossku akan kata 'akhirnya Zahid bebas, tapi bagaimana dengan Bossku?'
"Saya tak rasa soalan itu boleh dikekang lagi. Berapa lama tempoh masa sebelum perkara ini menyebabkan ketegangan dalam UMNO sehingga Zahid sendiri diserang oleh penyokong Bossku," ujarnya.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Khairy Jamaluddin
#gabungan BN-PH
#Ahmad Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan