awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nyah' MCA: Jangan layan kenyataan Syahredzan, nasihat aktivis politik

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/06/2025
03:30 MYT
'Nyah' MCA: Jangan layan kenyataan Syahredzan, nasihat aktivis politik
Dalam satu kenyataan, Amran berkata gesaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bangi itu untuk MCA (gambar bendera) keluar sahaja daripada Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai biadab - Foto fail/MCA
KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Amran Ahmad menasihatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Akmal Saleh agar tidak melayan gesaan oleh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan yang mahu MCA 'dinyahkan' daripada Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Amran berkata gesaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bangi itu disifatkan sebagai biadab.
Syahredzan sebelum ini dilapor mengesa agar MCA dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan kerana didakwa sering menyerang Kerajaan Madani dengan fakta yang salah dan separuh masak.
"Nasihat saya kepada Muhammad Akmal, jangan buang masa dan tak payah layan gesaan biadap 'pasu bunga' DAP versi 2025 ini.
"Pada masa yang sama, Muhammad Akmal kena faham bila Syahredzan masuk DAP, dan pada penggal pertama jadi Ahli Parlimen Bangi, dia kenalah mengampu bos-bos besar DAP dengan menghentam MCA tanpa pedulikan peranan berdekad lamanya MCA dalam kestabilan kerajaan, apatah lagi mengenang jasa-jasa MCA kepada masyarakat Cina," kata Amran.
Susulan gesaan dibuat Syahredzan, Muhammad Akmal dalam reaksi balas mencabarnya supaya membawa usul agar Barisan Nasional (BN) dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan.
Muhammad Akmal menegaskan BN menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah pasukan dan MCA adalah sebahagian daripada gabungan tersebut.
Mengulas lanjut, Amran turut menasihatkan agar Syahredzan 'memperbetulkan' DAP terlebih dahulu, termasuk meningkatkan jumlah ahli Melayu dalam parti tersebut.
"Buat Syahredzan, sekurang-kurangnya MCA ini jujur dn ikhlas dalam perjuangan politiknya.
"Matlamat asasnya untuk menjaga kebajikan bangsa Cina daripada DAP yang mengaku kononnya parti berbilang bangsa tetapi letak Melayu hanya sebagai 'pasu bunga'," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Politik Malaysia
#Kerajaan Perpaduan
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami