awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhilitan tahan lelaki Bangladesh simpan 100 kura-kura, labi-labi tanpa lesen
Poland pula akan perkenal undang-undang sekat individu bawah 16 tahun layari media sosial
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak hingga 8 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung

Bernama
Bernama
04/09/2020
09:26 MYT
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Hamzah berkata, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas. -Gambar fail
Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai ahli Bersatu, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata buat masa ini, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan.
“Kalau dia mengaku cross the floor ( menyertai parti lain), makanya keahlian terhenti. Buat masa ini, dia bukan cross the floor. Jadi dia akan dipanggil untuk membantu siasatan. Biasanya siasatan akan ambil masa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
BACA: Saya masih ahli Bersatu, sokong PN - Osman Sapian
Media mendakwa sewaktu PRK DUN Slim, Osman turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili kem bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas pengerusi Bersatu.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi turut senada dengan Hamzah dan berkata pihaknya akan memanggil Osman untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tuduhan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Penjelasan oleh Hamzah dan Megat Najmuddin itu susulan laporan media hari ini yang menyebut keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bebas
#Bersatu
#calon
#keahlian
#masih ahli
#menteri
#Osman Sapian
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Slim
#siasatan
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan