KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menandatangani surat peletakan jawatan adalah tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Laporan Sinar Harian Premium memetik Ahli Parlimen Alor Gajah itu sebagai berkata, desas-desus Perdana Menteri dijangka meletakkan jawatan pada petang Sabtu selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama menteri dan timbalan menteri juga tidak benar.
Jelasnya lagi, khabar angin itu langsung tidak betul, dan bersifat spekulatif.
"Mana ada PM letak jawatan hari ini. Dakwaan ada mesyuarat kabinet tergempar petang ini pun tidak betul kerana saya masih berada di rumah bersama keluarga.
"Yang saya tahu, hanya notis jemputan menghadiri mesyuarat MPT Bersatu sahaja yang saya terima di mana mesyuarat itu akan diadakan pada esok pagi (Ahad)," katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, Perdana Menteri juga tidak pernah mengarahkan Jemaah Menteri menghadiri satu mesyuarat Kabinet tergempar diadakan pada petang Sabtu, seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Tambahnya lagi, beliau sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menerima notis jemputan menghadiri mesyuarat parti pada pagi Ahad.
Mohd Redzuan berkata, sekiranya Muhyiddin benar-benar mahu meletak jawatan, beliau perlu memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat parti terlebih dahulu, sebelum memanjangkan perbincangan mengenai isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.
Sinar Harian
Sat Aug 14 2021
Mohd Redzuan berkata, Perdana Menteri akan maklumkan kepada pimpinan Bersatu dahulu jika ingin letak jawatan. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pak Wan anggap berita Perdana Menteri letak jawatan sebagai karut, spekulatif
Mohd Redzuan berkata, Perdana Menteri akan maklumkan kepada pimpinan Bersatu dahulu jika ingin letak jawatan.