Pakatan Harapan bakal mengadakan konvensyennya yang pertama Sabtu ini, dengan matlamat untuk membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat.
Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, konvensyen itu juga bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Konvensyen akan dihadiri 1,000 orang anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah, dan tetamu undangan.
"Ia akan diisi dengan perbahasan oleh beberapa lapisan pimpinan Pakatan Harapan, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhamad Sabu," katanya.
Saifuddin turut memaklumkan, parti serpihan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diundang ke konvensyen tersebut.
"Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapannya iaitu bersama-sama dengan tiga pimpinan utama Pakatan Harapan.
"Di samping itu, Tun Dr Mahathir akan menyampaikan Pidato Khas di konvensyen ini," ujarnya.
Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, PAS tidak akan menghadiri konvensyen tersebut atas alasan tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS hanya menjalinkan kerjasama dengan PKR dan bukannya Pakatan Harapan kerana DAP turut berada di dalam gabungan itu.
“PAS bukan kerjasama dengan Pakatan Harapan, ini bukan konvensyen PKR,” KATA Nasrudin ketika ditanya sebab tidak menghadiri konvensyen itu.
“Ya, kita tak hadir sebab DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP,” katanya seperti dipetik portal berita itu.
Astro Awani
Thu Nov 10 2016
Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Anwar mahu semua Kerajaan Perpaduan negeri anjur konvensyen
Anwar mahu Kerajaan Perpaduan di semua negeri turut serta mengadakan konvensyen bagi memperkukuh kestabilan gabungan itu.
Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak, medium perkasa naratif kerajaan negeri
Antara inti pati yang akan dibincang oleh PH dan BN dalam konvensyen itu ialah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.
Kerajaan Perpaduan Perak anjur konvensyen hujung Januari
Menurut Saarani, penganjuran konvensyen itu adalah sempena setahun penubuhan Kerajaan Perpaduan Perak.
Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan, pastikan hala tuju seiring - PM
Konvensyen itu antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
COVID-19: MIC tangguh semua konvensyen negeri
Konvensyen MIC yang sepatutnya berlangsung di seluruh negara bermula hari ini sehingga 8 Oktober depan, ditangguhkan serta-merta.
Konvensyen Khas PBB: Suntikan semangat menjelang Sarawak Memilih
Konvensyen Khas PBB dikaitkan tidak dapat lari daripada spekulasi ia diadakan sebagai persiapan menuju PRN-12.
Demokrat mula Konvensyen Kebangsaan secara maya
DNC 2020 secara rasmi akan mengesahkan pencalonan Joe Biden sebagai wakil Demokrat untuk menyaingi Donald Trump, wakil Republikan, menduduki White House bagi sehingga 2024.
Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.
Rakyat nilai prestasi kepimpinan PH, cabaran PRK Parlimen Tanjung Piai - Anwar
Beliau berkata sekiranya rakyat dapat memahami betapa sukarnya kerajaan hari ini mengendali dan mengemudi pentadbiran sekarang, mereka akan memberikan sokongan.
Fikir di luar kotak, fahami nilai 'Harimau Asia' - Syed Saddiq
Katanya, golongan belia perlu berani menyatakan pendapat dan bersuara tentang sesuatu kerana sifat sebegini mampu mencetuskan pembaharuan yang positif.