Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan para pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, DAP dan PPBM sebagai rakan sekatil yang sungguh pelik.
Merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Salleh berkata sebelum ini mereka bermati-matian ingin menghapuskan satu sama lain, 'hinggakan kepentingan politik pun tidak boleh menjadi alasan untuk mereka bekerjasama'.
"Lebih teruk lagi apabila mereka memberi alasan yang lemah untuk menjelaskan dan mewajarkan pakatan mereka itu. Pada suatu ketika, Anwar, Wan Azizah dan Kit Siang menentang Mahathir atas alasan mereka perlu menyelamatkan Malaysia.
"Sekarang, mereka bersekutu pula dengan Mahathir atas alasan sama iaitu untuk menyelamatkan Malaysia," kata Salleh melalui catatan terbaru beliau di laman blognya.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa pada 1993, Lim mengutuk Anwar (menteri kewangan ketika itu) dan menuntut ketua umum PKR itu meletakkan jawatan serta menuduhnya bercakap bohong di Parlimen.
"Kemudian beliau bekerjasama pula dengan Anwar dan berkata sekiranya pembangkang berkuasa, mereka akan memastikan Mahathir dihukum kerana jenayah yang dilakukannya.
"Tetapi, sekarang, beliau bekerjasama dengan Mahathir," katanya sambil menegaskan bahawa perkara itu membuktikan dengan jelas bahawa pakatan pembangkang "menjalin ikatan semata-mata untuk kesenangan", dengan masing-masing mempunyai agenda sendiri.
Menurut Salleh, pakatan itu bukan berjuang untuk kepentingan negara, tetapi untuk mendapatkan kuasa politik.
"Pakatan pembangkang itu tidak akan kekal lama dan sekiranya mereka berkuasa, negara akan menderita. Inilah hakikat sebenar tentang pakatan pembangkang itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Salleh berkata, pakatan parti pembangkang bukan berjuang untuk kepentingan negara, tetapi untuk mendapatkan kuasa politik.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.