awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Negara hantar permohonan pendaftaran kepada RoS

Bernama
Bernama
17/05/2019
12:40 MYT
Parti Negara hantar permohonan pendaftaran kepada RoS
Mohamad Ezam (tengah) pada sidang media selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran Parti Negara kepada RoS di Kompleks D, Putrajaya, hari ini. -- fotoBERNAMA
Sebuah parti yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara antirasuah yang dikenali sebagai Parti Negara hari ini menghantar permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di sini.
Presiden penaja Parti Negara Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor ketika ditemui media selepas menghantar permohonan itu berkata beliau percaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti permohonan parti itu dengan adil dan memberikan kelulusan.
Menurutnya, Parti Negara merupakan sebuah parti bebas dan berbilang kaum yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
"Pada masa ini tidak ada pihak yang lantang menentang rasuah. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) parti pembangkang ketika itu agresif mendedahkan salah laku rasuah, namun kini pihak yang dulu membangkang sudah menjadi kerajaan dan sibuk.
"Sementara pembangkang hari ini lebih sibuk hal lain berbanding isu rasuah. Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat," kata Mohamad Ezam, 52.
Katanya beliau menyokong komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentang rasuah dan berharap Dr Mahathir boleh kekal untuk tempoh satu penggal atau sekurang-kurangnya tiga tahun demi memastikan usaha membanteras rasuah lebih efektif.
Sebelum PRU14, Mohamad Ezam pernah cuba mendaftar sebuah parti antirasuah yang dinamakan Parti Bebas Rasuah namun tidak diluluskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mohamad Ezam Mohd Nor
#negara antirasuah
#Parti Bebas Rasuah
#Parti Negara
#pembangkang
#pendaftaran
#PRU14
#Rasuah
#ros
#salah laku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan