JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) akan menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata, meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atasv kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan paling penting, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkempen tanpa mengenal penat lelah dan jemu untuk Parti Warisan.
"Dengan penuh keikhlasan, saya amat menghargai segala kerja keras dan usaha berterusan andasemua. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Johor kerana sudi menerima kedatangan kami kenegeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan diikuti Pakatan Harapan (11), Perikatan Nasional (tiga) manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PKR masing-masing satu kerusi. - BERNAMA
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2O22
Bernama
Sun Mar 13 2022

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa. - Gambar fail

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
Meriam digunakan untuk waktu iftar di Abu Dhabi
Satu das tembakan dilepaskan sejurus sebelum azan maghrib, menandakan masuknya waktu berbuka di kawasan berkenaan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.