awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti-parti kecil perlukan kepimpinan yang dinamik - Penganalisis

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
26/08/2020
06:16 MYT
Parti-parti kecil perlukan kepimpinan yang dinamik - Penganalisis
Dr Hamidin menjelaskan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti tidak mustahil akan muncul lebih banyak parti-parti kecil. - Gambar Fail
Parti-parti kecil seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) memerlukan kepimpinan yang dinamik agar terus relevan kepada perubahan semasa.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berpendapat dinamika kepimpinan ini penting bagi parti-parti kecil ini memposisikan kedudukan mereka.
Parti-parti kecil seperti Amanah dan Pejuang, kata Dr Hamidin mempunyai kelebihan untuk meletakkan diri mereka pada setiap perubahan yang bakal berlaku.
"Ini mesti dilihat oleh parti-parti kecil untuk mereka memastikan kelangsungan mereka harus berada dalam keluk depan, setiap perubahan yang bakal berlaku kerana ini memberi kelebihan kepada mereka.
"Parti-parti kecil ini tidak mempunyai struktur yang sangat besar seperti parti-parti dominan seperti Pas dan UMNO kerana parti-parti ini untuk mereka memerlukan usaha yang lebih besar.
"Tetapi bagi parti-parti kecil ini gerakan ini lebih mudah.
"Jadi saya merasakan bagaimana kepimpinan sangat penting bagi parti-parti kecil ini untuk mereka menjadi sangat relevan bergantung kepada perubahan semasa," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Dr Hamidin menjelaskan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti tidak mustahil akan muncul lebih banyak parti-parti kecil.
Perkara ini berlaku kerana selepas PRU15, mana-mana pihak akan mencari titik persamaan untuk mereka membentuk kerjasama.
"Saya merasakan menjelang PRU15 kita akan melihat lebih banyak dinamika dimana percaturan-percaturan kerjasama akan mendominasi dikalangan parti-parti.
"Tidak memeranjatkan sekiranya akan terbentuk lebih banyak parti-parti kecil hasil daripada penentuan untuk mencari kepentingan bersama, mencari satu titik persamaaan.
"Ketika ini setiap parti-parti politik sedang mencari titik persamaan untuk mereka bekerjasama kerana bekerjasama itu lebih penting.
"Jadi sekiranya mereka menemukan titik persamaan itu tidak semestinya mereka membentuk satu gabungan tetapi lebih kepada kerjasama," katanya lagi.
Ketika ini terdapat gabungan yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Manakala UMNO dan Pas pula membentuk satu kerjasama longgar yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional (MN).
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah menyatakan hasrat untuk menyertai MN.
Dalam masa yang sama Bersatu bersama Pas dan Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti lain sedang berusaha mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.
Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pejuang pula setakat ini tidak menyertai mana-mana gabungan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Hamidin Abd Hamid
#Muafakat Nasional
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#Parti Pejuang Tanahair
#Pejuang
#Perikatan Nasional
#pilihan raya umum
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan