Skip to main content
Advertisement

Politik

Pas akan bersama PN teliti langkah susulan notis RoS

PAS PN
Pas berkata langkah berkenaan penting bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan serta perjuangan PN.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pas akan bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang bertanggungjawab untuk meneliti dan mengambil langkah sewajarnya berhubung notis tunjuk sebab serta perintah penggantungan terhadap gabungan itu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Pas dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pihaknya mengambil maklum notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yang dikeluarkan RoS terhadap PN.

Notis berkenaan dikeluarkan menurut subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), susulan aduan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pas turut mengambil maklum perintah penggantungan serta-merta terhadap PN yang dikeluarkan RoS pada 23 September 2026.

Menurut Pas, pihaknya yakin notis dan perintah berkenaan akan diuruskan oleh PN mengikut peruntukan undang-undang serta proses perundangan yang sewajarnya.

Parti itu berkata ia termasuk mengambil kira tarikh notis dan perintah berkenaan yang dikeluarkan ketika pengumuman serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, Pas juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, terutamanya Akta Pertubuhan 1966,” menurut kenyataan itu.

Pas berkata langkah berkenaan penting bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan serta perjuangan PN.

 

 

Must Watch Video

Advertisement