Meskipun terkilan tidak berpeluang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada penggal keenam persidangan Dewan Rakyat ke-13 yang berakhir semalam, namun PAS akur dan berlapang dada.
Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS berpuas hati dengan penjelasan diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila disoal mengenai status usul RUU 355 yang sudah dibentangkan namun belum lagi dibahaskan.
"Kami (PAS) memang amat berharap agar usul RUU 355 yang dibawa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu sempat dibahaskan hari ini, sebab itu saya persoalkan kepada Yang Dipertua dalam persidangan dewan tadi.
"Beliau (Pandikar) jawab usul RUU 355 itu tidak akan terjejas dan sebarang keputusan oleh Yang Dipertua adalah terikat kepada Peraturan Mesyuarat iaitu kerajaan berhak menentukan usul serta RUU yang perlu dinaikkan. PAS terimalah penjelasan itu," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.
Takiyuddin membangkitkan pertanyaan berkenaan sebaik pembentangan usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat, setelah selesai usul daripada Menteri Kewangan yang tersenarai di posisi pertama dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul.
Takiyuddin berkata keadaan itu bermakna PAS sudah melaksanakan sehabis baik tanggungjawabnya untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat.
RUU 355 tersenarai sebagai usul kedua dalam aturan urusan mesyuarat hari terakhir Dewan Rakyat selepas usul daripada Menteri Kewangan untuk meminda Seksyen 10 (4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 dengan penambahan butiran baharu.
Sementara itu ditanya adakah kerana tidak dapat membahaskan usul RUU 355 itu turut berkemungkinan menjejaskan sokongan pengundi kepada PAS menjelang pilihan raya nanti, Takiyuddin yakin ia tidak mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti Islam itu.
"Perkara ini adalah berkait dengan suatu proses. Yang jelas PAS sudah buat semua yang perlu dengan sehabis baik, selebihnya tertakluk kepada ketetapan Dewan Rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018
Takiyuddin berkata keadaan itu bermakna PAS sudah melaksanakan sehabis baik tanggungjawabnya untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Nilai ringgit turun, simpanan KWSP antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lim Guan Eng tanya Menteri Kewangan faktor-faktor menyebabkan penurunan nilai mata wang ringgit pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Buli, kemampuan polis tangani jenayah siber antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Isu buli di sekolah yang semakin berleluasa akan diajukan oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) kepada Menteri Pendidikan dalam sesi soal jawab lisan.
Diskriminasi tempat kerja, bahas Belanjawan 2024 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan sama ada kerajaan berhasrat merangka suatu legislatif khas berhubung diskriminasi di tempat kerja, bakal dibincangkan hari ini.
Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini
Sidang Dewan Rakyat akan bincang mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut.
RUU Perbekalan 2022 dijangka dibaca kali pertama di Dewan Rakyat hari ini
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.
Isu AUKUS, penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab lisan Waktu Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Dewan Rakyat: MA63, isu bayaran pencen B40 jadi tumpuan hari ini
Perkara itu akan diajukan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu) kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Langkah jadikan Malaysia mesra pelabur, RCI TH tumpuan Parlimen hari ini
Selesai sesi soal jawab lisan, dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12
Isu infrastruktur, pengajian tinggi antara dibangkitkan Dewan Rakyat hari ini
Setakat semalam, lapan kementerian telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan yang bermula pada Isnin.
Anwar angkat sumpah Isnin ini - Yang Dipertua Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff mengesahkan perkara itu kepada Bernama malam tadi.