awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas ambil sikap memerhati kerajaan Kedah

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/05/2018
04:02 MYT
Pas ambil sikap memerhati kerajaan Kedah
FAKHRUDDIN: Pas mengambil sikap memerhati bagaimana perjalanan kerajaan Kedah di bawah Pakatan Harapan yang memperolehi 18 kerusi buat masa ini.
Pas negeri Kedah komited untuk memperjuang hak rakyat biarpun belum berjaya membentuk kerajaan.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi dalam kenyataannya turut mengucapkan penghargaan kepada semua petugas jentera pilihanraya Pas dan rakyat umumnya yang memberikan kepercayaan memilih parti itu di beberapa kerusi tertentu dalam PRU kali ini.
“Kejayaan ini adalah hasil kerja dari seluruh ahli dan para petugas jentera pilihanraya di semua peringkat di samping penolakan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu.
“Selain itu Pas mengambil sikap memerhati bagaimana perjalanan kerajaan Kedah di bawah Pakatan Harapan yang memperolehi 18 kerusi buat masa ini.
“Justeru itu juga, kesempatan ini Pas menyeru dan membuka pintu kepada seluruh rakyat Kedah yang memegang pelbagai keahlian parti politik seperti UMNO dan sebagainya agar dapat bersama Pas yang berhasrat membentuk Kedah yang Sejahtera, Dinamik dan Harmoni.
“Pas yang tegas memegang prinsipnya akan terus komited dan sentiasa bersama masyarakat menerusi para perwakilan Pas yang dipilih oleh rakyat untuk mengangkat serta memperjuangkan hak mereka,” katanya.
Beliau juga menekankan bahawa Pas akan terus menjaga keharmonian berbilang kaum serta berkomitmen tinggi menjaga kepentingan Islam di Negeri Kedah.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fakhruddin Fakjrurrazi
#Kedah
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PAS
#politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan