KOTA BHARU: Pas mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di beberapa negeri-negeri majoriti Melayu, untuk menambah bilangan kerusi di Parlimen.
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, cadangan tersebut pernah disuarakan oleh parti itu, termasuk semasa era kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Tujuan kita mencadangkan perkara ini pertamanya kerana pertambahan pengundi terutama di sebelah Pantai Timur iaitu di Kelantan dan sebahagiannya di Kedah, Pahang dan Terengganu.
"Ada kawasan parlimen jumlah pengundinya sehingga 80,000 orang, jadi dari segi tanggungjawab wakil rakyat nak menjaganya, menjadi satu beban kepada dia. Sebab biasa(nya) dalam 20,000 sehingga 30,000 orang dan paling ramai 40,000 pengundi (sahaja)," katanya.
Beliau kepada demikian pemberita selepas Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, melihat kepada masalah tersebut, Pas mencadangkan supaya ditambah kerusi di kawasan negeri yang dikuasai majoriti Islam di Kelantan, Kedah, Pahang dan Terengganu.
"Di Kelantan walaupun kepadatan tidak tinggi ,tetapi jika mahu menambah kerusi wakil rakyat dalam kalangan Melayu memang patutlah, dan kita bukannya ada niat apa-apa. Kita harap ia diberi pertimbangan sebab sekurang-kurangnya ia boleh mengekalkan kerusi parlimen dalam kalangan Melayu di Parlimen," katanya.
Sementara itu mengulas sama ada Pas telah menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.
"Biasanya surat jemputan akan dihantar kepada Pas Pusat dan sekiranya dijemput pasti ada wakil akan dihantar. Sekiranya ada jemputan, parti biasanya akan memaklumkan siapa yang bakal hadir. Setakat ini saya sendiri tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Cadangan tersebut pernah disuarakan oleh parti itu, termasuk semasa era kerajaan BN. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.
45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.
PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
Senarai palsu nama calon Pas tak jejas jentera PRN - Mohd Amar
Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat - Mohd Amar
Permohonan awal dana sebanyak RM8 bilion oleh Kelantan perlu diperhalusi kerajaan Pusat terlebih dahulu.