[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITICS

Pas gagal jumpa UMNO teruskan MN di Terengganu

Nur Fazlizai Ali 06/05/2022 | 01:00 MYT
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, pihaknya sudah cuba untuk mengatur dua pertemuan namun ia gagal. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Percubaan Pas Terengganu untuk meneruskan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO terus berdepan jalan buntu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, pihaknya sudah cuba untuk mengatur dua pertemuan namun ia gagal.
"Kita cuba untuk mengadakan pertemuan ataupun mengadakan kerjasama dalam semua gerak kerja politik, tapi percubaan-percubaan itu tak dapat dilaksanakan lagi sehingga hari ini.
"Bagi pihak Pas, kita telah membuat hubungan sebanyak dua kali, tapi kedua-duanya gagal. Masih gagal, masih tak berjaya lagi kerana UMNO sibuk," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Perbadanan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan gabungan MN di negeri tersebut sudah ‘mati’.
BACA: UMNO Terengganu ulang pendirian enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15
Beliau menegaskan UMNO akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
#PAS #UMNO #husain awang #Muafakat Nasional