awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Terengganu ulang pendirian enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/11/2021
09:24 MYT
UMNO Terengganu ulang pendirian enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15
Ahmad berkata, keputusan yang dibuat itu berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri itu. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu mengulangi pendirian untuk bergerak bersendirian tanpa Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keputusan yang dibuat itu berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, UMNO Terengganu akan tetap teguh dan tidak berganjak dengan pendiriannya.
Dakwanya, apatah lagi Kerajaan Negeri Terengganu juga tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika ini.
"Saya kata Pas tak akan bersama UMNO. Dia akan pergi kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Saya tahu baca politik Pas.
"Sebab Bersatu tak ada jentera. Mana jentera... mana ahli Bersatu. Dia akan gunakan (Pas) sebab itu Pas akan tawarkan jentera dia... Dan sebagai balasan dia (Bersatu) tanggunglah kos-kos untuk pilihan raya apa semua...
"Dapat baca dah... saya belajar sains politik," dakwanya.
Terdahulu Ahmad Said berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15 akan datang.
Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.
UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu. Namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Bersatu setelah Ahli Parlimennya, Datuk Rosol Wahid mengisytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.
Bagi kerusi DUN pula, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.
Topic Berkaitan
#PRU15
#umno terengganu
#Ahmad Said
#kerjasama dengan pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan