awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas hasrat satukan parti politik Melayu sebelum PRU15

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/08/2022
04:40 MYT
Pas hasrat satukan parti politik Melayu sebelum PRU15
Menurut Khairil Nizam, agenda tersebut memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pas mahu terus menjayakan Penyatuan Ummah dan memberi fokus memastikan agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Ketua Penerangan Pas Senator Khairil Nizam Khirudin, agenda tersebut memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14.
"Prinsip Pas dalam politik adalah jelas dan Pas akan berusaha menyatukan parti-parti politik Melayu sebelum PRU15 melalui apa jua kaedah dan cara selagi tidak bercanggah dengan syariat dan dasar parti.
"Penyatuan ummah ini merangkumi prinsip utama iaitu adil kepada semua, satu keluarga Malaysia dan Islam memimpin seperti digariskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis yang turut diterbitkan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man di akaun Twitternya.
KENYATAAN MEDIA Ketua Penerangan PAS PAS fokus kepada agenda Penyatuan Ummah dan pendekatan satu lawan satu dalam PRU Ke-15. Insya-Allah. pic.twitter.com/Z660vW8gY5
— Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) August 19, 2022
Mengulas lanjut, Khairil berkata, pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepentingan rakyat bahkan juga kepada kedaulatan negara.
"Ini termasuk kepentingan umat Islam serta bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru itu, Pas menyeru semua pihak mendukung agenda penyatuan ummah dan bersama membina semula negara Malaysia yang sejahtera," jelasnya.
Topic Berkaitan
#PAS
#agenda satu lawan satu
#Khairil Nizam Khirudin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan