Perbincangan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pas kini sudah memasuki fasa rundingan pembahagian kerusi yang ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyddin Yassin memaklumkan perkara tersebut tanda kemajuan perbincangan yang berjalan antara dua parti itu yang diketuai Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dengan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malah, Muhyiddin menyifatkan hubungan PPBM dengan Pas semakin ‘mesra.’
“Kita sudah dapat isyarat baharu untuk Pas mengajak kita bincang tentang pembahagian kerusi.
“Jadi, ia merupakan cara baik untuk bergerak ke hadapan dan kita akan mulakan (rundingan) dalam pertemuan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PPBM di sini pada Rabu.
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, kerjasama itu perlu diusahakan sebaik mungkin dengan mengambil kira kerjasama yang telah dibuat dengan Pakatan Harapan bagi mengelakkan berlaku pertembungan kerusi yang dituntut antara parti pembangkang.
Ia penting katanya untuk membentuk pakatan yang mantap sekaligus memberi persepsi baik dan keyakinan kepada rakyat terhadap barisan pembangkang berdepan tentangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Kita masih berpendapat satu kerangka kerjasama dengan Pas mesti jelas, dan juga mengambil kira hubungan kerjasama yang sudah dijalin dgn Pakatan Harapan.
“Dalam pemerhatian pimpinan PPBM, melihat ke hadapan iaitu PRU akan datang, semua pihak boleh bersetuju bahawa untuk menentukan kemenangan yang agak mudah ialah pertandingan satu lawan satu,” tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan tetap akan berlaku perebutan berikutan pendirian Pas yang tetap tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berhubungan dengan DAP, tetapi kata Muhyiddin beliau yakin ia dapat diselesaikan.
Berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan pula, Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan bahawa pihaknya sudah mengenal pasti kawasan-kawasan yang ingin ditandingi dan perkara itu sedia dibentangkan dalam mesyuarat rundingan akan datang.
Israr Khalid
Wed Mar 08 2017
Muhyiddin pada sidang media itu tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan PAS itu sebaliknya berkata PPBM akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan parti itu bagi menghadapi PRU14. - Astro AWANI / Israr Khalid
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Tujuh cadangan kerajaan: Ia tidak merujuk pembentukan kerajaan baharu - Saifuddin
Sebaliknya, kata Saifuddin, kerajaan PN yang mendapat dukungan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang, bagi menyelesaikan isu tertentu.
Kecelaruan dalam PN boleh selesai jika semua pihak duduk berunding - Mohd Amar
Pas, kata Mohd Amar kekal dengan pendirian menyokong kerajaan PN dan pada masa sama mengukuhkan Muafakat Nasional.
PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU - Muhyiddin
Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama PAS, namun kini mereka telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi.