Padah aniaya anak kandung hingga cedera, wanita dihukum penjara tiga bulan

Fatin Nur Diana dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 120 jam di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal di kepala dan lengan mangsa pada Oktober lalu.
Ringkasan AI
- Fatin Nur Diana dijatuhi hukuman penjara 3 bulan dan khidmat masyarakat 120 jam atas kes menganiaya anaknya hingga cedera fizikal.
- Hakim mempertimbangkan pengakuan bersalah Fatin Nur Diana sebelum menjatuhkan hukuman serta memerintahkan bon kelakuan baik RM1,000.
- Mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dipukul dengan pisau, dijerut leher dengan tali hijau, dan dipijak oleh ibunya kerana dituduh mencuri alat solek.
Tertuduh juga perlu menyempurnakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000 dengan seorang penjamin dan jika gagal bayar, boleh dipenjara dua bulan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah menganiaya mangsa sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan lengan kanan.
Kesalahan berkenaan dilakukan kira-kira jam 5.30 pagi di sebuah rumah pangsa dekat Lobak, di sini pada 29 Oktober lalu.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa memberitahu gurunya bahawa dia dipukul oleh ibunya di rumah sebelum dihantar ke sekolah pada hari kejadian.
Mangsa mendakwa telah dipukul dengan pisau oleh tertuduh dan seterusnya ditolak ke lantai dan mukanya turut dipijak sebelum lehernya dijerut dengan tali hijau.
Punca mangsa dipukul kerana dia dituduh mengambil alat solek dalam bilik.
Terdahulu, peguam Jabatan Bantuan Guaman, Hanis Anisah Jamiludin yang mewakili tertuduh dalam rayuan mitigasi berkata, tertuduh yang bekerja sebagai juruwang mempunyai dua anak dan berpendapatan RM1,000 sebulan, manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Hanis Anisah berkata, tertuduh merupakan pesakit mental dan bergantung pada ubat selain mempunyai sejarah cubaan bunuh diri.
"Kejadian itu berlaku atas faktor kegagalan tertuduh mengawal kemarahan terhadap mangsa dan dia kini telah menyesal dan sangat rindukan anak-anak.
"Tempoh pemenjaraan yang panjang akan memburukkan lagi kesihatan mentalnya dan tiada jaminan kondisi mental tertuduh akan bertambah baik," katanya.
Beliau turut memberitahu yang keluarga telah membuat akur janji bagi memastikan tertuduh makan ubat dan sentiasa dipantau.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni pula memohon hukuman setimpal mengambil kira hubungan tertuduh sebagai ibu yang sepatutnya melindungi anaknya.
"Namun, tertuduh telah menganiaya mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan memberi kesan emosi jangka panjang," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada Fatin Nur Diana Zakaria? A: Fatin Nur Diana dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam.
- Q: Apa yang menyebabkan Fatin Nur Diana dihukum oleh Mahkamah Sesyen Seremban? A: Fatin Nur Diana dihukum atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal di kepala dan lengan mangsa.
- Q: Apakah kesan hukuman yang diberikan kepada Fatin Nur Diana? A: Fatin Nur Diana perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, khidmat masyarakat selama 120 jam, dan menyempurnakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000.
- Q: Apa yang dilakukan Fatin Nur Diana kepada anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal? A: Fatin Nur Diana dipercayai menganiaya anak perempuannya berusia 11 tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan lengan kanan.
- Q: Apakah faktor yang menyebabkan Fatin Nur Diana menganiaya anaknya? A: Mangsa dipukul kerana dituduh mengambil alat solek dalam bilik, yang kemudiannya menyebabkan kecederaan fizikal yang dilaporkan ke sekolah oleh mangsa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

