awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS nafi calonnya di PRK Sungai Besar ketinggalan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
15/06/2016
08:14 MYT
PAS nafi calonnya di PRK Sungai Besar ketinggalan
Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru dimana 42,655 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat mereka. - Gambar fail
PAS menafikan dakwaan Parti Amanah Negara (Amanah) bahawa calon parti itu jauh ketinggalan dari segi sokongan berbanding dua calon yang lain.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata mana-mana pihak boleh membuat dakwaan mengenai sejauh mana mereka mendapat sokongan.
"Saya menolak dakwaan mereka.
"Kami juga mendapat maklum balas mengenai sokongan kami di Sungai Besar," jelas Iskandar.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman.
Iskandar turut ditanya sama ada Dr Abdul Rani akan dikenakan apa-apa tindakan berhubung kehadirannya di Iftar Perdana anjuran Pakatan Harapan yang dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Jawab Iskandar, tindakan Dr Abdul Rani menggambarkan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan parti tersebut.
"Tiada masalah untuk Dr Rani berbuat sedemikian.
"Beliau ke sana atas kapasiti Ahli Dewan Undangan Negeri Meru," kata Iskandar.
Dewan Ulama PAS Selangor semalam menafikan telah mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan kehadiran Dr Rani Osman di majlis itu seperti laporan yang tersebar.
Menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim sebaran mengenai perkara ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi Whatsapp sejak petang Selasa.
Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru dimana 42,655 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat mereka.
Pertandingan diantara Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional, Dr Abdul Rani Osman dari PAS serta Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengundian bakal berlangsung Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#Parti Amanah Negara
#PAS
#PRK
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan