ALOR SETAR: Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari diminta menghormati pendirian UMNO berhubung keputusan parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Pas tidak sepatutnya ‘memangsakan’ Muafakat Nasional (MN) demi survival Bersatu dengan menyalahkan UMNO.
Sebaliknya kata beliau, MN seharusnya diangkat dengan idealisme yang lebih besar sebagai 'etos' hala tuju baharu dan kepercayaan rakyat untuk satu matlamat menjadikan Malaysia kembali cemerlang.
“Pas merupakan sebahagian daripada gagasan MN yang disepakati. Tidak perlulah Pas cuba mengajar atau bertindak sebagai 'abang besar' dalam Perikatan Nasional (PN) yang akhirnya dilihat seperti budak suruhan Bersatu.
“Pesanan kepada beliau, janganlah berhikayat tanpa tujuan. Tidak perlu mengajar UMNO erti setiakawan sebaliknya belajarlah menghormati UMNO,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Syed Mohd Johan Rizal berkata, Pemuda UMNO reda dengan apa jua keputusan Pas dan menghormatinya selaku rakan gagasan MN, namun sekiranya Pas menolak untuk bersama MN hanya kerana Bersatu, UMNO akan terus komited membawa agenda ini demi ummah dan rakyat.
“Penolakan kerjasama dengan Bersatu dibuat oleh hampir 2/3 Bahagian UMNO, diabsahkan melalui Persidangan Agung UMNO (PAU 2020) seterusnya dimuktamadkan oleh pembuat dasar tertinggi parti iaitu Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bukan diputuskan oleh seorang figura bersifat ‘veto’ tetapi sebuah institusi yang disokong akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Fadhli yang meminta UMNO belajar menerima Bersatu dan begitu juga sebaliknya bagi memastikan muafakat ummah berjaya. Malah, Ahmad Fadhli dipetik berkata, UMNO tidak sepatutnya menggunakan alasan Bersatu pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang ia menyertai Muafakat Nasional.
Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan Rizal berkata, MN digagaskan bagi memperjuangkan kepentingan umat yang sebelum itu diracik-racik oleh PH selama 22 bulan.
“Adakah beliau lupa, watak dan teraju utama adalah Bersatu sendiri?Sejarah merekodkan ia disusuli muslihat dan pengkhianatan daripada Bersatu yang berebut jawatan Perdana Menteri sehingga meruntuhkan kerjasama PH.
“Ahmad Fadhli juga mungkin terlupa, MN bukan hanya kerjasama politik semata-mata. Demi kepentingan bersama ia dipersetujui untuk tidak didaftarkan dan tidak mengikat.
"Atas kepentingan itu, Barisan Nasional (BN) dan Pas berjiwa besar membentuk MN, seterusnya membentuk kerajaan sementara bersama Bersatu sebagai teraju, demi ummah dan negara,” katanya lagi.
Menurut beliau, asas penubuhan Bersatu itu sendiri adalah untuk menggantikan UMNO melalui muslihat 'Scheme of Things' ciptaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebab itulah parti tersebut dipenuhi pelbagai 'katak politik' yang berkepentingan, mana mungkin UMNO boleh menerima kerjasama sebuah parti yang penuh muslihat.
“Kita tidak pasti apa kaedah diguna pakai Pas dalam meletakkan dasar dan hala tuju partinya, namun inilah tata cara UMNO dan sepatutnya Pas lebih arif UMNO terikat dengan pendirian ini,” katanya.
Syed Mohd Johan Rizal berkata, kedua-dua parti telah mengharungi perjalanan politik yang panjang secara bersendirian dengan cara masing-masing.
“Penyatuan itu disambut penuh harapan oleh rakyat. Janganlah kita 'bunuh' harapan itu hanya kerana kepentingan survival kelompok kecil yang tiada prinsip.
“Saya ingin bertanya kepada Ahmad Fadhli, apa pula alasan dan dalil Pas berkenaan tindakan mereka meletakkan calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang membelakangi keputusan PN? Apa kemahuan Pas sebenarnya?” soalnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
SYED MOHD JOHAN RIZAL: Janganlah berhikayat tanpa tujuan. Tidak perlu mengajar UMNO erti setiakawan sebaliknya belajarlah menghormati UMNO. - Foto Sinar Harian
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
'Bangsa Johor usah tertipu lagi'
Syed Mohd Johan mendakwa, manifesto PN dan PH seolah-olah mengumumkan kembali manifesto yang pernah dicanangkan pada PRU14.
Pas perlu hormati UMNO berbanding survival Bersatu
Syed Mohd Johan berkata, Pas tidak sepatutnya memangsakan Muafakat Nasional demi survival Bersatu dengan menyalahkan UMNO.
Sokong penuh siapa sahaja MB baharu Kedah - Pemuda UMNO
Perkembangan terbaharu situasi politik negeri Kedah memastikan keadaan tempang itu dimurnikan dan dia yakin kerajaan negeri itu akan menjadi kerajaan Perikatan Nasional.
Video intim: 'Pemuda UMNO tidak terlibat isu seperti ini'
Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa pergerakan itu merupakan dalang kepada tersebarnya video tular video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.
Presiden UMNO, lepaslah jawatan... - Pemuda Kedah
Desakan itu disuarakan Pemuda UMNO Alor Setar mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatan itu demi kelangsungan dan hala tuju patik keramat Melayu berkenaan.