KUALA LUMPUR: Pas akan memberikan sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang akan dibentangkan dalam Sidang Khas Parlimen pada Isnin ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Dalam satu dalam satu kenyataan, Takiyuddin menjelaskan RUU yang akan dibetangkan itu bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3) yang berkaitan dengan Perkara 10(1)(c), iaitu mengenai kebebasan berpersatuan.
“Berdasarkan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan 'lawan (vs)' Nordin Salleh & Anor, yang diputuskan oleh Mahkamah Agung Malaysia pada 3 April 1992, sesuatu peruntukan undang-undang ataupun Perlembagaan Negeri berkaitan sekatan lompat parti akan dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selagi Perkara 10 tidak dipinda bagi membolehkan suatu Akta Lompat Parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
“Maka atas dasar inilah, jemaah menteri yang bersidang pada 6 April 2022 memutuskan Sidang Khas Parlimen pada 11 April 2022 perlu bersidang untuk meminda Perkara 10 bagi membolehkan suatu akta berkaitan lompat parti dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen dalam suatu sidang yang lain,” katanya.
Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata jemaah menteri secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan lompat parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci dalam suatu akta Parlimen yang khusus.
“Akta Parlimen tersebut perlu merangkumi definisi-definisi yang tepat, misalan-misalan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan berat sebelah yang turut menyebabkan pihak-pihak yang terkesan mencabarnya di mahkamah,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.
Bagaimanapun, Wan Junaidi dalam kenyataan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis lepas berkata sidang khas itu diteruskan untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.
RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung antilompat parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.
Astro Awani
Sat Apr 09 2022
Takiyuddin berkata jemaah menteri secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan lompat parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci.- Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.
PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS
Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.