awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS terus kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan agama - Ketua Dewan Pemuda PAS

Bernama
Bernama
28/01/2016
23:30 MYT
PAS terus kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan agama - Ketua Dewan Pemuda PAS
PAS akan menjalin bekerjasama dengan UMNO untuk memberi pendapat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). - Gambar Fail
PAS akan terus bekerjasama dengan UMNO dalam perkara berkaitan agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Katanya PAS sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO dalam isu berkaitan hudud di Kelantan.
"Selepas ini, PAS akan turut bekerjasama dengan UMNO untuk memberi pendapat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak yang berkaitan berhubung sistem pentadbiran Islam di Malaysia," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa majlis minum petang bersama pengamal media anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Taman Tun Dr Ismail, di sini pada Khamis.
Isu kerjasama UMNO dan PAS kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.
Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan Disember, tahun lepas.
Topic Berkaitan
#HADI AWANG
#Najib Razak
#Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
#PAS
#politik
#TUN DR MAHATHIR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan