awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tiada selera sertai PH - Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2019
09:01 MYT
Pas tiada selera sertai PH - Hadi
HADI: Tiada selera, cukup itu sahaja. -Gambar fail
Pas tiada selera untuk menerima pelawaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar parti Islam itu menyertai mereka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jawapan ringkas itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
“Tiada selera, cukup itu sahaja,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa mempelawa Pas untuk mempertimbangkan tawaran menyertai PH.
Husam berkata, sudah tiba masanya untuk Pas dan pemimpinnya berfikir jika tidak mahu perjuangan mereka selama lebih 60 tahun untuk menumbangkan kerajaan UMNO sia-sia.
Manakala, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan PH sedia membuka pintu kepada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas tawaran PH tersebut berkata beliau percaya Pas sudah mempunyai pilihan iaitu UMNO.
"Kita dah ada kerjasama konkrit dengan Pas dan kita dalam proses untuk memeterai piagam. Saya yakin Pas dan UMNO akan jadi landasan untuk pilihan utama umat Islam.
"Jadi kalau dah ada begini, bagaimana nak sertai orang lain? UMNO dah buat pilihan iaitu Pas dan saya percaya Pas pun dah buat pilihan iaitu UMNO," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Husam Musa
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#PAS
#pelawaan pimpinan Pakatan Harapan
#tiada selera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan