Skip to main content

Politik

Pas tidak pernah 'ubah tiang gol', hanya strategi politik - Iskandar Samad

Datuk Iskandar Samad
Iskandar (foto) berkata perubahan strategi itu boleh diibaratkan seperti pasukan bola sepak yang menggunakan pendekatan berbeza mengikut lawan yang dihadapi. -Gambar Pas Pusat
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pas menegaskan parti itu tidak pernah mengubah prinsip perjuangannya, sebaliknya hanya menyesuaikan strategi politik mengikut situasi semasa.

Bendahari Agungnya, Datuk Iskandar Samad berkata perubahan strategi itu boleh diibaratkan seperti pasukan bola sepak yang menggunakan pendekatan berbeza mengikut lawan yang dihadapi.

"Pas tidak pernah 'mengubah tiang gol'; Pas tetap dengan prinsip perjuangannya. Kami hanya menukar strategi, seperti pasukan dalam Piala Dunia.

"Strategi berbeza bergantung kepada pasukan lawan. Tidak ada satu strategi untuk semua pasukan," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa orang ramai tidak seharusnya terlalu yakin dengan pendirian Pas kerana parti itu boleh mengubah 'goal post' pada bila-bila masa.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata UMNO tidak wajar membangkitkan isu berkenaan kerana parti itu sendiri pernah mengubah pendirian politik sebelum ini.

"Dulu mereka yang kata 'No Anwar, No DAP'. Tetapi sekarang, apa sudah jadi?" katanya.

 

Must Watch Video

Advertisement