awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
UMNO tidak akan menjadi ‘boneka’ mana-mana parti - Khaled Nordin
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS ulangi ketegasan tak akan adakan perbincangan dengan Amanah

Bernama
Bernama
05/01/2016
09:52 MYT
PAS ulangi ketegasan tak akan adakan perbincangan dengan Amanah
MOHD AMAR: Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu. - Gambar fail
Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah ditutup untuk rundingan mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana Amanah pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.
"Tapi dia (Amanah) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.
"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa Amanah masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan Amanah kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti itu.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan