awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kompromi isu disiplin, integriti - Panglima Tentera Udara
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
Pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya, 45 laporan diterima, lapan direkod keterangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas, UMNO bincang soal agihan kerusi PRU dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/08/2020
04:59 MYT
Pas, UMNO bincang soal agihan kerusi PRU dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN
Mohd Amar berkata maklumat dan juga info berhubung calon dan kedudukan kerusi boleh disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
Pas membuat keputusan pengagihan kerusi pilihan raya umum akan datang antara UMNO dan Pas di seluruh negara akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas negeri hanya akan menerima keputusan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selepas ia dimuktamadkan di peringkat Pusat.
Untuk itu, soal pengagihan kerusi tidak akan dibincangkan di peringkat negeri termasuklah negeri yang dikuasai Pas.
“Tetapi pembahagian kerusi kerana melibatkan seluruh negara, kalau buat negeri, ia akan melihat konteks dia sahaja.
“Tetapi kalau selaraskan di peringkat Pusat, mereka akan melihat keseluruhan hubungan antara Pas, UMNO dan Bersatu di seluruh negara,” kata Mohd Amar.
Mohd Amar berkata maklumat berhubung calon dan kedudukan kerusi boleh disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan.
Katanya, berhubung soal penentuan calon, hak masih diberikan kepada Pas negeri untuk mencadangkan nama calon yang bakal bertanding.
Perbincangan pengagihan kerusi antara Pas dan UMNO serta Bersatu perlu dilaksanakan dalam perbincangan bersama di peringkat Pusat memandangkan hubungan Pas dan UMNO dalam MN, serta Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengagihan kerusi juga dibuat dengan tidak meletakkan parti mana yang didahulukan, sebaliknya semua parti diberikan hak masing-masing tanpa ada parti yang dianggap dominan kerana semua parti yang berada bersama ini sudah dianggap sebagai 'adik-beradik'.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional
#MN
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Muafakat Nasional
#PAS
#pengagihan kerusi
#pilihan raya umum
#PRU15
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan