awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU-15: Enam Exco Perlis angkat sumpah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/11/2022
09:47 MYT
Pasca PRU-15: Enam Exco Perlis angkat sumpah
Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed sirajuddin Putra Jamalullail setelah menerima watikah pelantikan daripada baginda. - Foto Astro AWANI
ARAU: Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dari Perikatan Nasional (PN) membabitkan empat mewakili Pas dan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di Istana Arau, hari ini.
Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah menerima watikah pelantikan daripada baginda.
Turut sama berangkat dalam majlis berkenaan adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perlis, Mohd Radhi Abas dan Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari.
Dua ADUN mewakili Bersatu yang mengangkat sumpah itu adalah ADUN Titi Tinggi merangkap Bendahari PN Perlis dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim dan ADUN Pauh merangkap Ketua Penerangan BPN Bersatu Perlis, Megat Hashirat Hassan.
[LAPOR LANGSUNG] Anwar Ibrahim mula tugas sebagai PM ke-10
Manakala empat lagi ADUN dari Pas adalah ADUN Simpang Empat, Razali Saad, Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong), Azmir Azizan (ADUN Santan) dan Wan Badariah Wan Saad (ADUN Mata Ayer).
Pembentukan kerajaan negeri Perlis dari PN pada kali ini adalah berikutan kejayaan gabungan itu yang memenangi 14 daripada 15 DUN yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.
EXCO Perlis | Enam ADUN Pas, tiga Bersatu - MB
Gabungan PN memenangi 14 daripada 15 DUN yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu. - Foto Astro AWANI
Gabungan PN memenangi 14 daripada 15 DUN yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu. - Foto Astro AWANI
Selain itu, PN juga berjaya ‘menyapu bersih’ ketiga-tiga kerusi Parlimen di Padang Besar, Kangar dan Arau dalam pilihan raya berkenaan.
Malah, kejayaan itu juga seka i gus menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Perlis sejak 65 tahun lalu.
Selasa lalu, ADUN Sanglang yang juga Pengerusi PN Perlis dan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar kelapan negeri itu selepas diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Topic Berkaitan
#Exco negeri Perlis
#angkat sumpah
#DUN Perlis
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan