awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU14: Landskap politik Sarawak berubah - penganalisis

Malissa Sahari
Malissa Sahari
13/05/2018
05:21 MYT
Pasca PRU14: Landskap politik Sarawak berubah - penganalisis
Pemimpin politik Sarawak yang menyertai PKR pada Sabtu turut melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras. Foto Awang Azman
Tindakan dua bekas menteri dari Sarawak, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk Sylvester Entri Muran, yang menyertai Pakatan Harapan (PH), membentuk titik penting dalam landskap politik negeri itu ketika ini.
Menurut penganalisis politik Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, langkah itu diyakini boleh membawa perubahan kepada momentum dan pola politik Sarawak.
"Dijangka akan ada lagi ahli Parlimen di Sarawak yang akan menyertai PH," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah diambil Joseph dan Sylvester, serta Larry Sng Wei Shien, Jugah Muyang, Robert Lingga Mangge dan H. Khoo, yang menyertai PKR pada Sabtu.
"Penyertaan individu-individu ini menguatkan lagi kedudukan PKR dan PH di Sarawak," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Awang Azman, dalam konteks PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak, senario ini dijangka membentuk identiti bebas yang akan keluar dari BN.
"Ini selaras dengan inspirasi Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia, yang mempunyai entiti berasingan.
"Pendekatannya ialah Kerajaan Baru yang mesra PH, seperti di Sabah, yang berteraskan parti tempatan," katanya lagi.
BACA: Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR
BACA: BN Sarawak menyepi selepas PRU14 - Prof Awang Azman
Jika pendekatan sebegini tidak diambil, katanya, kedudukan BN Sarawak akan terancam pada pilihan raya negeri Sarawak 2021.
"PH di Putrajaya pasti menggempurkan kubu BN Sarawak habis-habisan. Dalam manifestonya, PH sebelum ini mahu memusatkan kuasa kerajaan Sabah dan Sarawak jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Ini mengukuhkan lagi pandangan yang Sabah dan Sarawak akan diberikan autonomi dan dijadikan negeri mesra Kerajaan Baru. Putrajaya tak akan campur tangan hal ehwal Sabah dan Sarawak," kata Awang Azman.
Topic Berkaitan
#Awang Azman Awang Pawi
#Barisan Nasional
#lompat parti
#Pakatan Harapan
#politik
#PRU14
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan