awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: 'Ahli Parlimen U-turn? Saya tidak tahu, tunggu keputusan rasmi' - Redzuan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/11/2022
05:27 MYT
Pasca PRU15: 'Ahli Parlimen U-turn? Saya tidak tahu, tunggu keputusan rasmi' - Redzuan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu meminta semua pihak terutama media menunggu keputusan rasmi selepas jam 2 petang nanti. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Datuk Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan beliau tidak tahu jika ada ahli Parlimen yang membuat pusingan U selepas menandatangani surat akuan berkanun (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu meminta semua pihak terutama media menunggu keputusan rasmi selepas jam 2 petang nanti.
“Saya tidak tahu ada U-turn, atau tiada U-turn.
“Tunggu keputusan yang rasmi. Tunggu pukul 2 petang nanti. Tunggu ya, sila makan dulu," katanya semasa memberhentikan kenderaan dan mengagihkan makanan dan minuman kepada media di luar pekarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.
Beliau dalam masa sama menafikan mengetahui mengenai SD terbaharu daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Itu saya tidak tahu. Apa yang telah diumumkan (PN), itulah dia. Tunggu,” ujarnya.
Mohd Redzuan adalah antara pimpinan PN yang hadir di kediaman Muhyiddin sejak pagi tadi.
Selain beliau, turut kelihatan, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Semalam, Abdul Hadi berkata, gabungan parti itu masih menunggu undangan Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN sudah mempunyai lebih majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.
Malah, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan berkata, surat akuan berkanun (SD) yang dihantar ke Istana Negara adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan PN menang 73 kerusi Parlimen setakat ini termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo Pas.
Topic Berkaitan
#PRU15
#ahli parlimen u-turn
#Mohd Redzuan Md Yusof
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan