awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: BN, PH bentuk kerajaan di Pahang, Wan Rosdy dilantik Menteri Besar

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2022
09:23 MYT
Pasca PRU15: BN, PH bentuk kerajaan di Pahang, Wan Rosdy dilantik Menteri Besar
Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang akan diadakan pada Isnin 28 November pukul 11 pagi bertempat di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan pembentukan kerajaan gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri tersebut.
Dalam satu kenyataan media, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman memaklumkan, Pemangku Raja Pahang juga telah berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang akan diadakan pada Isnin, 28 November, pukul 11 pagi bertempat di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Ahmad Khirrizal memaklumkan, terdahulu Pemangku Raja Pahang berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
Di Pahang, Perikatan Nasional (PN) mempunyai 17 kerusi DUN, BN (16) dan PH (lapan) dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tioman dijadualkan pada 7 Disember berikutan kematian calon PN daripada Pas.
DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.
Susulan itu terdapat siri perbincangan antara PN dan BN, selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.
Pada 24 Nov lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang, yang dikatakan menandakan persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan negeri bersama.
Topic Berkaitan
#pasca PRU15
#Kerajaan negeri Pahang
#BN-PH
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan