awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: 'Dari segi polisi, Muhyiddin dan Anwar patutnya boleh berdamai'

Israr Khalid
Israr Khalid
23/11/2022
00:00 MYT
Pasca PRU15: 'Dari segi polisi, Muhyiddin dan Anwar patutnya boleh berdamai'
Abdullah berkata, kepimpinan harus membawa penyokong ke arah diskusi yang lebih konstruktif.
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin politik harus membawa perbincangan kembali memberi tumpuan terhadap dasar-dasar yang menyelesaikan masalah rakyat dan membina negara.
Pengamal undang-undang Perlembagaan, Abdullah Abdul Rahman merasakan dialog ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tempoh hari terlalu memberat kepada hal-hal emotif dan ia perlu segera dihentikan.
Katanya, jika dilihat manifesto antara semua parti pun, sebahagian besarnya tidak banyak berbeza, maka pendamai harus dicari supaya matlamat sama yang disasarkan dapat dijayakan bersama.
“Bagi saya, mereka mesti memberikan kepimpinan. Itu yang penting.
“Kalau kita tengok kepada manifesto, semuanya baik. Kalau ada yang tak sama pun, tiada yang sampai bercanggah.
“Kerana itu, pandangan saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dari segi polisi mereka boleh berdamai dan bertoleransi,” katanya merujuk kepada dua pemimpin yang mengetuai gabungan parti-parti politik di bawah Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.
Bercakap dalam program Agenda AWANI pada Selasa, Abdullah menjelaskan, kedua-dua sosok itu juga harus menampilkan kepimpinan yang dapat menerangkan kembali hal-hal yang bersifat emotif, supaya ia ditinggalkan dan membawa penyokong ke arah diskusi yang lebih konstruktif.
Agenda AWANI: Kalau tiada sepakat, Malaysia akan rugi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#dasar parti politik
#Manifesto
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan