KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Melayu-Islam Malaysia memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menyegerakan proses pembentukan kerajaan yang kukuh dan inklusif.

Menurut NGO berkenaan, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jelas menunjukkan kemahuan orang Melayu-Bumiputera berhubung kerajaan yang bakal dibentuk.

"Masyarakat Melayu-Islam khsususnya telah beralih kepada gabungan yang membawa aspirasi tersebut.

"Adalah diharapkan ke atas Tuanku untuk tidak membiarkan suara pemimpin Melayu-Islam dan Bumiputera menjadi minoriti di bawah kerajaan naungan Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, pada Rabu.

Kenyataan itu disampaikan kepada pengamal media oleh Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir di pekarangan Istana Negara hari ini. 

BACA LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI DI SINI 


KEPUTUSAN PRU15 DI SINI

Menurut kenyataan itu, kerajaan sewajarnya sudah dibentuk dan pembentukan tersebut perlu disegerakan selari dengan lunas Perlembagaan Persekutuan.

PRU15 | 'Kita perlu bergerak ke hadapan (move on), demi negara kita yang tercinta ini' - Titah Al-Sultan Abdullah

"Perkara itu juga terletak di bawah kebijaksanaan Baginda kerana kelewatan untuk membentuk sebuah kerajaan dibimbangi akan mencetuskan isu kestabilan.

Hari ini, masuk hari keempat Istana Negara terus menjadi tumpuan susulan titah memperkenan 30 ahli Barisan Nasional (BN) menghadap Baginda hari ini. 

Bagaimanapun, cuma tiga pemimpin kanan BN yang terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, serta Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan yang tiba di Istana Negara hari ini. 

Ketiga-tiga figura politik ini dilaporkan meninggalkan Istana Negara sekitar jam 11.25 pagi.

Selain itu, ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadhillah Yusuf, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing turut hadir dan meninggalkan Istana Negara sekitar jam 11.56 pagi