Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Menteri luar G7 gesa serangan terhadap orang awam dihentikan dalam perang Iran

Ukraine's Foreign Minister Andrii Sybiha, Germany's Foreign Minister Johann Wadephul, Britain's Foreign Secretary Yvette Cooper, U.S. Secretary of State Marco Rubio, France's Foreign Affairs Minister Jean-Noel Barrot, Canada's Foreign Minister Anita Anand, Italy's Foreign Minister Antonio Tajani, Japan’s Foreign Minister Toshimitsu Motegi and EU High Representative and Vice-President for Foreign Affairs and Security Policy Kaja Kallas attend talks during a G7 Foreign Ministers' meeting with Partner Countrie
G7 menekankan keperluan "untuk memulihkan secara kekal kebebasan pelayaran yang aman dan bebas tol di Selat Hormuz". - Foto Reuters

PARIS: Menteri-menteri luar negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Jumaat menggesa serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam dihentikan serta-merta ketika perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran berlanjutan hampir sebulan, lapor Kyodo News.

"Kami menekankan kepentingan meminimumkan kesan konflik ke atas rakan kongsi serantau dan penduduk awam dan infrastruktur kritikal serta keperluan untuk menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan," menurut kenyataan bersama menteri-menteri berkenaan selepas pertemuan di Abbaye des Vaux-de-Cernay dekat sini.

Advertisement

Diplomat tertinggi negara demokrasi terkemuka dunia itu termasuk Perancis, Jepun dan AS turut menekankan keperluan "untuk memulihkan secara kekal kebebasan pelayaran yang aman dan bebas tol di Selat Hormuz", laluan air kritikal bagi bekalan tenaga global yang sebahagian besarnya disekat Iran sejak perang bermula pada 28 Feb.

Mereka juga berkata "tiada justifikasi" untuk serangan ke atas kemudahan diplomatik.

Anggota G7 turut terdiri daripada Britain, Kanada, Jerman dan Itali serta Kesatuan Eropah.

Perancis sebagai tuan rumah mengundang menteri luar Brazil, India, Korea Selatan, Arab Saudi dan Ukraine serta Bank Pembinaan Semula dan Pembangunan Eropah untuk menghadiri sebahagian perbincangan.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video