awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: PN Pahang jadi blok pembangkang terbesar dalam sejarah - Tuan Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2022
23:30 MYT
Pasca PRU15: PN Pahang jadi blok pembangkang terbesar dalam sejarah - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim menyifatkan keputusan PRU15 merupakan satu gelombang perubahan daripada pengundi muda yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil. -Astro AWANI
ROMPIN: Dewan Undangan Negeri Pahang akan mempunyai bilangan pembangkang yang paling ramai dalam sejarah setelah Barisan Nasional (BN) menerima tawaran Pakatan Harapan (PH) dan tidak dari Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dengan 17 kerusi DUN yang dimenangi, PN Pahang akan menjadi blok pembangkang yang sangat kuat sekali gus membina ke arah Pahang yang lebih gemilang.
Tuan Ibrahim juga menyifatkan keputusan PRU15 merupakan satu gelombang perubahan daripada pengundi muda yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan bersih.
"Kenapa mereka beri undi kepada Perikatan Nasional, saya ingat mereka dah nilai pencapaian kita dalam waktu kita menjadi kerajaan peringkat Persekutuan.
"Mereka menilai prestasi kita, sebab itu mereka yakin apa yang kita capai dan mereka beri undi. Sebab itu gelombang perubahan itu berlaku pada anak muda.
"Mereka hendak kerajaan yang stabil yang bersih, kehendak rakyat sebenarnya, dan mereka yakin kerajaan yang ada ini tidak ke situ," kata Tuan Ibrahim selepas Ceramah Perdana di bandar Baru Rompin, malam tadi.
Pada PRU15 lalu, buat kali pertama, gabungan parti politik di Pahang gagal menubuhkan kerajaan selepas tiada parti memperoleh majoriti.
Ia menyaksikan Perikatan Nasional menang 17 kerusi, Barisan Nasional 16 kerusi, dan Pakatan Harapan (PH) mendapat lapan kerusi, tidak termasuk kerusi DUN Tioman yang akan diketahui pada 7 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#blok pembangkang terbesar
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan