awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Sabah tidak tuntut jawatan TPM - Hajiji

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2022
01:40 MYT
Pasca PRU15: Sabah tidak tuntut jawatan TPM - Hajiji
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas membentangkan Bajet Sabah 2023 di DUN Sabah, Kota Kinabalu. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan Persekutuan bagi menentukan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Sabah atau sebaliknya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya tidak membuat tuntutan berhubung jawatan kedua terpenting negara menerusi kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kita tidak tuntut, terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan di Putrajaya," katanya ringkas kepada pemberita selepas membentangkan Bajet Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jawatan yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini jika berjaya menerajui kerajaan pada PRU15.
Bercakap mengenai reaksi daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan GRS menyokong kerajaan perpaduan, beliau yakin bekas Perdana Menteri itu memahami bahawa gabungannya itu memberi keutamaan kepada Sabah terlebih dahulu.
"Kita memikirkan kepentingan negeri Sabah di bawah GRS, di mana kita memberikan keutamaan kepada Sabah. Jadi saya ingat Tan Sri tahu akan hal ini dan dia orang yang lebih bijak.
"Saya ingat kita tidak ada masalah, kerana ini adalah keputusan kita dalam GRS," katanya.
Ditanya bagaimana kerjasama GRS dengan Barisan Nasional (BN) Sabah, beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, ia berjalan dengan baik. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Timbalan Perdana Menteri
#PRU15
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan