awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: "Saya terima pilihan rakyat" - Tun M

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/11/2022
05:03 MYT
Pasca PRU15: "Saya terima pilihan rakyat" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kekalahan parti Pejuang yang dipimpinnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kekalahan parti Pejuang yang dipimpinnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu mengakui sedih dengan keputusan berkenaan, namun, menerima pilihan rakyat.
Susulan keputusan PRU15 juga, Dr Mahathir berkata, apa yang boleh dilakukan oleh Pejuang ketika ini ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang.
Dalam masa sama, Dr Mahathir juga berdoa sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang dihadapi negara.
Kata Dr Mahathir lagi, selepas ini, beliau akan menumpukan kepada penulisan berkenaan sejarah dan aktiviti dalam negara.
"Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.
"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," kata Dr Mahathir lagi.
Pada PRU15, Dr Mahathir merupakan antara 373 daripada 945 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.
Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU14.
Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, termasuk Pengerusi Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun.
PRU 15 1. Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dalam PRU 15. 2. Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat. 3. Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 23, 2022
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#PRU15
#Tun M terima pilihan rakyat
#Tun M hilang deposit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan