awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2017 adalah 'ibu segala perhimpunan' - Penganalisis Politik

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/12/2017
03:25 MYT
PAU 2017 adalah 'ibu segala perhimpunan' - Penganalisis Politik
SIVAMURUGAN berkata PAU tahun ini merupakan ibu segala perhimpunan bagi memastikan parti keramat Melayu itu berada pada posisi kukuh dalam persekitaran politik kini yang kian mencabar. - Gambar fail
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini merupakan 'ibu segala perhimpunan' bagi memastikan parti keramat Melayu itu berada pada posisi kukuh dalam persekitaran politik kini yang kian mencabar.
Malah, Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata perhimpunan kali ini merupakan pentas akhir bagi kepimpinan parti untuk menampilkan kemampuan mereka bagi meraih sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Kita akan lihat bagaimana UMNO cuba untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang kini terpecah kepada lima parti, iaitu UMNO sendiri, Pas, Amanah, PKR dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Selain itu, perhimpunan ini juga merupakan pentas untuk memastikan kesemua ahli berdiri teguh di belakang institusi Presiden serta memastikan jentera parti cukup bersedia bagi menghadapi PRU 14 nanti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Selain daripada perkara dalaman parti, beliau turut menjangkakan isu kerjasama dengan Pas juga akan mendapat perhatian dalam PAU kali ini.
"Kerjasama ini dilihat dari segi penerimaannya dalam kalangan ahli serta sejauh mana ahli memahami posisi kerjasama itu," kata Prof Sivamurugan.
Beliau menjangkakan isu-isu lain berkaitan rakyat seperti kos sara hidup turut disentuh memandangkan kepimpinan parti ingin memastikan sokongan daripada akar umbi menjelang PRU14 nanti.
"Saya pasti perkara ini bukan sahaja akan dibangkitkan oleh para perwakilan tetapi sudah pasti Presiden UMNO sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam ucapannya nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Melayu
#Najib Razak
#PAU 2017
#penganalisis politik
#perhimpunan
#politik
#Sivamurugan Pandian
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan