KUALA LUMPUR: UMNO mustahil menjadi kuat dan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika pemimpin dan ahlinya sering bergaduh sesama sendiri.
Wakil Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jika matlamat UMNO untuk memenangi pilihan raya, maka parti berkenaan perlu mengelakkan diri daripada segala perbuatan yang boleh melemahkan dan memecahbelahkan ahli parti.
Beliau berkata, disebabkan itu pemilihan parti perlu diadakan selepas pilihan raya bagi menjamin kekuatan barisan UMNO.
"Sebelum nak pilihan raya kita dah bergaduh sesama sendiri, mana mungkin kita boleh jadi kuat dan menang dalam pilihan raya.
"Jadi kalau MCA boleh buat dan mengusulkan perlembagaan bahawa pemilihan parti boleh diadakan selepas pilihan raya, parti-parti di Sarawak sudah buat, kenapa kita tidak boleh buat?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.
Perhimpunan Agung UMNO 2021
Mengulas lanjut, Dr Muhammad Akmal berkata, UMNO perlu membuktikan kekuatan parti terlebih dahulu sekiranya mereka ingin memberi keyakinan kepada rakyat.
"Mana mungkin kita nak mencapai sebuah kerajaan yang stabil jika parti kita pun tidak stabil dari segi politiknya.
"Kestabilan politik mesti dicapai, barulah kita boleh bagi keyakinan yang hebat kepada rakyat bahawa kita boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
"Kita kena 'walk the talk' (laksanakan apa yang dijanjikan), kita kena buktikan (kekuatan) pada parti kita dulu," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Dr Muhammad Akmal berkata, UMNO perlu membuktikan kekuatan parti terlebih dahulu sekiranya mereka ingin memberi keyakinan kepada rakyat. - Sinar Harian

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

PRK Pelangai: Penyertaan bekas ahli UMNO tak gugat peluang BN - Amizar
Amizar berkata setakat ini, beliau melihat 'angin' pengundi di kawasan itu lebih memihak kepada BN berbanding calon lain.

UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.

Tiada isu babit pemecatan ahli dibincang dalam Mesyuarat MT UMNO - Asyraf
Isu itu tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony Loke menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham Jalil.

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya - Isham Jalil
Katanya, tindakan itu dipercayai kerana ada ahli parti yang didakwa lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama PH.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

DNAA Ahmad Zahid: Kerajaan tiada kuasa pengaruh keputusan mahkamah - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebaliknya merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.

UMNO didakwa 'sucikan' perjuangan Malaysia Malaysian DAP - Idris
Datuk Idris Ahmad mendakwa pemimpin UMNO yang sebelum ini keras dan lantang menentang konsep Malaysia Malaysian kini seakan 'mensucikan' perjuangan DAP itu.