Skip to main content

Politik

PAU 2026: UMNO jemput kepimpinan Pas sebagai tetamu perhimpunan agung

Mesyuarat MKT UMNO, PAU 2026
Asyraf berkata, jemputan tersebut dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan yang pernah diberikan PAS kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri perhimpunan tahunan parti itu. - Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: UMNO akan menjemput kepimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jemputan tersebut dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan yang pernah diberikan Pas kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri perhimpunan tahunan parti itu.

“UMNO akan memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini.

“Jemputan itu sebagai tanda penghormatan dan membalas jemputan yang diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri perhimpunan tahunan Pas,” katanya

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Asyraf Wajdi berkata, MKT turut menetapkan tiga program utama yang akan berlangsung sehari sebelum PAU 2026 bermula.

Katanya, program berkenaan ialah Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif.

“Ketiga-tiga program yang dijadualkan berlangsung pada 8 September itu terbuka kepada orang awam,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2026 dijadual berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 September di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Must Watch Video

Advertisement