PADA pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan pusat.
Namun, jumlah undi popular yang diperoleh BN adalah 5,237,699 undi berbanding parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984 undi bagi 89 kerusi yang dimenanginya.
PRU-14 pula didakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bapa segala pilihan raya. Ia sekali gus menandakan cabaran, PRU-14 pastinya lebih mencabar dan sengit daripada PRU-13.
Bukan sekadar bapa, tetapi PRU-14 boleh dikatakan sebagai penentu sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa atau sebaliknya.
Adakah UMNO akan terus kekal berkuasa atau Pakatan Harapan (PH) akan mengambil alih Putrajaya?
Apa yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi memastikan parti itu terus kekal memerintah pada PRU-14?
Umum pastinya mengetahui, parti dalam BN yang memenangi majoriti terbanyak dalam pilihan raya umum lalu dan sebelumnya adalah UMNO.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini lebih berkisar tentang kemahuan sayap-sayap untuk menonjolkan calon masing-masing.
Walaupun Puteri UMNO yang dikepalai Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyatakan mereka tidak merajuk jika ada ahli tidak dipilih menjadi calon, realitinya mungkin tidak semudah menutur kata-kata.
KIta tahu, Pemuda serta Wanita juga ada perasaan dan mahu sebanyak mana calon daripada sayap masing-masing untuk diketengahkan menjadi pemimpin. Jangan nafi kenyataan itu.
Jadi, adakah kesimpulannya perlu untuk UMNO bertanding di kesemua kerusi majoriti Melayu pada PRU-14?
Keputusan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini iaitu PRU-12 dan PRU-13 telah menjadi bukti bahawa gelombang penolakan terhadap komponen BN melibatkan MCA, MIC dan Gerakan semakin meningkat.
Tidak mustahil situasi sama akan berterusan dalam PRU akan datang.
Persoalannya, adakah UMNO perlu berkorban lagi dan menyerahkan kerusi yang boleh dimenangi mereka di atas kertas hanya disebabkan mahu memenuhi tuntutan perkongsian kuasa yang selama ini menjadi tunjang pemerintahan negara?
Dalam PRU-13, daripada 114 kerusi majoriti Melayu, 110 kerusi dimenangi oleh parti dominan Melayu yang terdiri daripada UMNO, PAS dan PKR.
Daripada jumlah 110 itu, UMNO memenangi kerusi Melayu paling banyak iaitu 73 kerusi, PAS (20) dan PKR (17).
Parti komponen BN, hanya memenangi empat kerusi di kawasan Melayu.
Apakah ini indikator untuk memberikan lebih kerusi kepada UMNO demi memenuhi hasrat sayap parti menambah calon dari 'rumah' masing-masing?
PRU-14 adalah gelanggang yang amat penting kepada BN. Ketika ini Pakatan Harapan menjadikan UMNO sebagai sasaran kerana mereka memahami UMNO adalah benteng terakhir BN.
Oleh itu, UMNO perlu mengkaji semula adakah wajar sesetengah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh parti tersebut diserahkan kepada mana-mana komponen BN.
Tidak dapat dinafikan dalam kalangan komponen BN yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu, mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali.
Tetapi ada sesetengah kawasan perlu diambil semula oleh UMNO khususnya kawasan yang sepatutnya BN menang jika calon UMNO bertanding. Ini tanggungjawab sayap UMNO untuk menilai dan memberi hujah terbaik untuk meletakkan calon di sana.
BACA: Pasang 'kuda-kuda' UMNO 4.0
TONTON: Agenda AWANI Khas: UMNO era revolusi industri 4.0
Bagaimanapun, amaran Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tidak mahu penambahan kuota calon itu sekadar langkah melepaskan batuk di tangga dan meletakkan calon di kawasan hitam.
Jika ia dilakukan, sama sahaja seperti langkah sia-sia yang membunuh diri sendiri pada akhirnya.
Penawarnya mudah, parti kini perlu mula mengorak langkah mengadun kehendak sayap untuk menambah calon seiring dengan revolusi UMNO 4.0 yang bergerak dengan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Cadangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya beberapa tawaran baharu dibuat kepada golongan muda dalam manifesto menjelang PRU akan datang juga boleh diselit dalam ramuan UMNO 4.0 ini.
Pasti ia menjadi adunan menarik apabila ia merangkumi peluang pekerjaan, ekonomi serta agenda sosial yang mampu meraih minat anak muda.
Ini transformasi politik yang harus dihadam perwakilan, bakal calon dan mereka yang tidak dipilih mewakili kawasan masing-masing kelak.
Biarkan bancuhan itu sebati dalam jiwa UMNO. Ia akan menjadi resipi politik terbaik untuk parti terus mengemudi negara dalam era peradaban sejagat yang penuh dengan kejutan.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Thu Dec 07 2017
Parti perlu mula mengorak langkah mengadun kehendak sayap untuk menambah calon seiring dengan revolusi UMNO 4.0 - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
PAU2017: Bancuh parti dengan formula UMNO 4.0
PRU-14 didakwa merupakan bapa segala pilihan raya. Ia sekali gus menandakan cabaran, PRU-14 pastinya lebih mencabar dan sengit daripada PRU-13.
Pasang 'kuda-kuda' UMNO 4.0
Pemikiran untuk UMNO 4.0, menggalas transformasi politik dan kepimpinan di era peradaban sejagat yang dilanda revolusi.