REALITI UMNO tatkala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula menjadi Presiden adalah penuh dengan warna-warni politik.
Tatkala beliau memegang jawatan selaku Presiden, terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa beliau tempuhi. Namun begitu, anak jati Sungai Nipah Darat Rungkup, Bagan Datuk ini tidak pernah mengenal erti mengalah.
Hanya sekali beliau dilihat mengundur tetapi itupun sebenarnya adalah taktikal beliau dalam menyederhanakan suhu politik dalaman UMNO pada ketika itu.
Apabila beliau kembali semula kekerusinya, makanya parti UMNO kembali dinamik. UMNO kembali semula menjadi perhatian rakyat. Pesaing-pesaing politik beliau juga kembali bersiap-siaga.
Kejayaan beliau dalam mengungguli wadah penyatuan Melayu-Islam di bawah payung Muafakat Nasional (MN) telah meletakkan nama beliau sebagai seorang Presiden parti yang tidak patut dipandang enteng oleh sesiapa.
Air tangan dan kehebatan percaturannya dalam menentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan bukanlah satu rahsia dalam kalangan pemimpin utama politik.
Namun, UMNO tetap UMNO. Badai dan gelora adalah buah mainan parti keramat orang Melayu ini. Kritikan, hentaman, cacian, kejian yang datang daripada dalam atau luar bukanlah suatu yang aneh bagi parti ini.
Sehingga kini, institusi kepresidenan dan kepartian tetap dijulang kukuh oleh ahli. Solidariti menjadi paksi teras pengukuhan sebagaimana resam UMNO, semakin kuat diasak semakin ganteng jadinya.
Dalam konteks realiti baru politik semasa terutamanya apabila menyentuh kerajaan Perikatan Nasional (PN), UMNO ternyata mempunyai tatacara yang tersendiri dalam menentukan hala tuju partisipasinya.
Pendirian UMNO sebagaimana dinyatakan oleh Ahmad Zahid bahawa parti itu akan mendokong kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah merupakan satu quo vadis yang cukup penting untuk difahami oleh semua.
Inilah jiwa besar UMNO dalam usaha memastikan agenda membantu rakyat yang terkesan hebat akibat pendemik COVID-19 ini tidak terjejas dan tetap selamanya menjadi keutamaan.
Kenyataan terbaru Ahmad Zahid mengenai tiadanya keperluan untuk menjayakan agenda “political pairing” dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beberapa hari pemimpin utama PKR membuat kenyataan kesediaan untuk bersama UMNO telah sekali gus menafikan segala cakap-cakap terhadap Presiden UMNO itu bahawa beliau telah terlibat dengan kluster Jajaran Politik Baru (UMNO-PKR-DAP).
Ianya cukup terang dan jelas bahawasanya 'No PKR!. Kenyataan ini juga merupakan satu tujahan politik pertama yang amat besar maknanya daripada beliau sebelum 28 Mac nanti.
Apa lagi tujahan politik yang akan beliau buat pada masa hadapan pastinya adalah rahsia yang hanya beliau sahaja mengetahuinya.
Yang pasti, semua ahli perlulah sentiasa bersama dengan parti dan presiden dalam saat- saat sebegini.
Bersetia bersama dalam satu bahtera, tidak meninggalkan satu sama lain, bersatu padu menghadapi cabaran lingkungan yang pastinya lebih ketidaktentuan pada masa mendatang.
Pastikan UMNO bingkas semula. Itu adalah pilihan terbaik untuk semua pada detik ini demi kelangsungan parti utama orang Melayu ini.
Selamat bersidang semua perwakilan dan sentiasa hargailah alam sekitar kita.
* Penulis adalah mantan Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Fri Mar 26 2021
Air tangan dan kehebatan percaturan Ahmad Zahid dalam menentukan kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan bukanlah satu rahsia dalam kalangan pemimpin utama politik. - BERNAMA
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.