awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/03/2022
06:18 MYT
PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan -  Annuar
Tan Sri Annuar Musa mengingatkan UMNO agar tidak mengambil mudah isu pembubaran Parlimen, sebaliknya, melakukan perbincangan lanjut dengan parti-parti dalam kerajaan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pembubaran Parlimen tanpa persetujuan parti-parti dalam kerajaan hanya akan merisikokan kedudukan Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan UMNO agar tidak ambil mudah perkara berkenaan, sebaliknya, melakukan perbincangan lanjut dengan parti-parti dalam kerajaan.
Malah, katanya, kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.
"Sekarang ini bukan macam dahulu. Sekarang ini, UMNO adalah minoriti dalam kerajaan. Kita hanya satu kerajaan yang ada 41 kerusi daripada 116 kerusi.
"Katakanlah UMNO nak bubar (Parlimen) dan tiba-tiba parti-parti lain dalam kerajaan kata tak nak, jadi kalau PM kata bubar, parti tak sokong, maka Perdana Menteri kena letak jawatan.
"Apabila dia letak jawatan, kerajaan yang ada berhak ambil Perdana Menteri baharu dan mungkin satu parti masuk mengisi kekosongan sebab kita hanya ada 42… itu pun kalau keluar semua, kalau ada parti lain masuk dan lebih 42, maka kerajaan tak boleh bubar juga.
“Ini semua nak kena hitung," kata Annuar ketika diwawancara dalam program Agenda AWANI hari ini.
Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Dalam masa sama, Annuar menyarankan UMNO agar melakukan post-morterm terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam keadaan segera.
Ini kerana, jelas Ahli Parlimen Ketereh itu, UMNO mungkin menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tanpa kekuatan parti seperti Pas.
"Namun keadaan itu mungkin berbeza di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak," tambah beliau lagi.
Katanya, tidak salah untuk berasa gembira dan kuat selepas menang di dua negeri itu, namun, jangan melakukan sesuatu tindakan yang hanya memerangkap diri sendiri.
"Maka pada saya PRU15 memang perlu disegerakan, namun bukan cuba nak uar-uarkan, kecuali dengan niat uar-uar untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#UMNO
#Tan Sri Annuar Musa
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan